Komputer Mac Pro Dan Monitor ‘Pro’ Baharu Sedang Dibangunkan Oleh Apple

Apple secara rasminya mengeluarkan kenyataan kepada John Gruber (Daring Fireball) bahawa mereka sedang membangunkan komputer Mac Pro dan monitor ‘Pro’ yang baharu yang bakal diperkenalkan pada tahun hadapan. Mac Pro yang baharu ini akan hadir dengan rekaan modular untuk memudahkan pengguna membuat penaiktarafan.

Dengan rekaan modular, pengguna boleh menaik taraf komputer Mac Pro tanpa perlu menunggu Apple menawar kemas kini komponen yang baharu pada masa akan datang.

Konsep Mac Pro 2 dengan rekaan modular.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi menyatakan Apple sudah tidak mahu lagi terlibat dalam pasaran komputer desktop ini selepas Macbook Pro dengan Touch Bar diperkenalkan pada tahun lepas tanpa sebarang berita atau kemas kini untuk komputer Mac Pro dan iMac.

Konsep Mac Pro 2 dengan rekaan modular.

Mac Pro merupakan salah satu komputer yang mempunyai pengguna golongan profesional dalam pelbagai bidang. Kebiasaanya, komputer Mac Pro digunakan khusus kepada tugas-tugas yang memerlukan prestasi intensif seperti 3D editing atau menyunting video resolusi tinggi termasuklah pengarah filem.

Bersama-sama komputer Mac Pro baharu, Apple juga sedang membangunkan monitor ‘Pro’ yang bakal diperkenalkan sekali kelak. Sebelum ini, Apple telah berkolaborasi bersama dengan syarikat LG untuk menghasilkan monitor LG UltraFine 4k dan 5k khas untuk komputer Macbook Pro dengan Touch Bar tetapi monitor tersebut mempunyai masalah skrin apabila modem Wifi diletakkan di belakang monitor disebabkan tiada bahagian untuk melindungi daripada rangkaian Wifi tersebut.

Buat masa kini, komputer Mac Pro yang sedia ada telah menerima penaiktarafan spesifikasi pada harga yang sama. Selain itu, iMac versi Pro untuk golongan profesional juga dilapor akan dikeluarkan oleh Apple.

 

Sumber: Daring Fireball, Gambar: Pascal Eggert

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *