Konsep

Konsep iMac Pro Dengan Pad Pengecasan Tanpa Wayar AirPower Terbina

Komputer iMac Pro, sememangnya dicipta untuk golongan profesional dengan harga yang premium. iMac Pro mempunyai spesifikasi dengan cip pemprosesan Xeon bermula dari 8-teras sehingga 18-teras ditambah pula dengan memori ECC 128GB dan storan SSD sehingga 4TB, ia menjadikan komputer Mac yang paling berkuasa dihasilkan oleh Apple. iMac Pro dijangka akan dilancarkan dan dijual secara rasmi pada akhir tahun ini, jika tidak ditunda pada tahun hadapan.

Bagi golongan profesional, menghadap depan komputer berjam-jam adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan pada masa yang sama turut mengecas peranti yang digunakan. Apple sebelum ini juga ada mengumumkan aksesori baharu iaitu pad pengecasan tanpa wayar. Dengan aksesori ini, pengguna boleh mengecas sehingga 3 produk dalam masa yang sama tapi perlu membeli aksesori tambahan ini dengan harga yang mahal jika mahu menggunakan mengecas produk secara tanpa wayar serentak.

Hadir daripada pereka tersohor Martin Hajek, memperlihatkan rekaan iMac Pro baharu yang mempunyai pad pengecasan tanpa wayar AirPower terbina pada bahagian kaki monitor tersebut. Ini kerana bahagian itu dilihat agak ‘kosong’ dan mengumpul habuk selain digunakan untuk mendirikan monitor skrin iMac.

Martin Hajek juga menunjukkan ikon pengecasan produk yang dicas pada dock macOS selain konsep Touch Bar pada bahagian atas papan kekunci Magic Keyboard. Pad pengecasan tanpa wayar ini diperlihatkan mempunyai dua warna iaitu warna hitam dan warna coklat yang dipadankan dengan iMac Pro berwarna Space Grey dan Silver.

Walaupun hanyalah sebagai konsep sahaja, ia merupakan suatu konsep produk yang akan diminati oleh ramai pengguna yang berkemampuan. Jika Apple merealisasikan konsep ini, sudah tentu harganya sangat mencekik darah sekali.

Untuk gambar lebih lanjut, anda boleh lihat di sini.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.