Konsep iOS 11 Diperlihatkan Dengan Fungsi Dark Mode, Split View Dan Banyak Lagi

Terdapat sumber tema gelap yang tidak digunakan dalam aplikasi seperti Messages dan Setting yang mula dijumpai dalam kod iOS 10, menambahkan lagi spekulasi untuk Apple menyertakan dark mode dalam iOS 11 dengan pelancaran iPhone 8 akan datang. Antara muka gelap mungkin akan membantu iPhone 8 untuk menjimatkan kuasa disebabkan teknologi panel paparan skrin OLED akan menerangi piksel yang lain dan tidak memerlukan ‘power-hungry backlight‘.

Laman blog daripada Poland, My Apple telah membuat video konsep untuk mencuba mengimaginasikan fungsi tema gelap ini dan beberapa fungsi yang lain yang mungkin bakal hadir dalam iOS 11 kelak. Berikut adalah ciri dan fungsi yang dikhabar akan hadir dalam iOS 11:

– Multi-user support on iPad 

– Split-screen multitasking on iPhone

– FaceTime group calling

– Per-app Orientation Lock 

– Better storage management with options for clearing the caches and data in apps 

– 3D Touch for Control Center toggles like Wi-Fi 

– Game Mode with shortcuts for recording a screen, muting notifications & more 

– Google Now-like Siri Assistant capable of unearthing relevant information from data on your device, such as a boarding pass or tracking number for a package you recently ordered

Video konsep:

Sebelum ini, sudah terdapat tema gelap yang terdapat pada Safari Reader Mode, dalam aplikasi iBooks, iTunes Store yang mula muncul pada iOS 9. Selain itu, aplikasi Clock juga menerima tema gelap pada iOS 10.

Apple dijadual akan memperkenalkan sistem operasi terbaru iOS 11, watchOS, tvOS dan macOS 10.13 pada Apple World Wide Developer Conference yang akan berlangsung pada 6 Jun ini.

 

Sumber: My Apple (Google Translate), Artikel: iDownloadblog

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *