Konsep iOS 11 – Memperlihatkan Siri, Control Center, Camera, Phone, Dark Mode Dan Banyak Lagi

Kehangatan Apple Worldwide Developer Conference (Apple WWDC) 2017 yang bakal berlangsung pada pagi besok sangat dirasai oleh semua pengguna dan peminat Apple dengan pengenalan dan pembentangan kesemua sistem operasi yang bakal dibuat oleh Apple. Sistem operasi yang sangat ditunggu-tunggukan oleh semua pengguna ialah iOS 11.

iOS 11 seperti yang dilaporkan bakal menjadi perubahan kepada sistem operasi ‘minimal’ iOS 7 hingga iOS 10 sebelum ini. Antara ciri yang dinantikan sekian lama ialah ciri Dark Mode, berdasarkan beberapa laporan dan juga penemuan kod Dark Mode yang terdapat pada iOS 10, Apple dilihat sedang mencuba ciri Dark Mode ini sebelum menyertakannya pada sistem operasi seterusnya.

Namun, semuanya bakal terjawab pada malam ini (pagi Selasa). Untuk menyejukkan kehangatan ini, mari lihat konsep iOS 11 yang dibuat oleh Litaya dengan memperlihatkan pelbagai ciri antaranya ialah Siri, Control Center, Camera, Phone, Dark Mode, Multi-Window, dan Multi-Users serta banyak lagi.

Lihat juga konsep iOS 11 yang dibuat oleh Jacek Zięba dan juga konsep iOS 11 pada iPad yang dibuat oleh MacStories.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *