Konsep iOS 11 Pada iPad – Memperlihatkan Ciri Drag and Drop, Split View Dan Banyak Lagi

Pada iOS 9, Apple mula memberi ‘kenikmatan’ kepada pengguna iPad dengan menambahkan ciri  Split View, Slide Over, dan Picture in Picture. Ini merupakan salah satu ciri yang paling penting untuk peranti iPad sebagai peranti mudah alih yang mudah dibawa dan digunakan pada bila-bila masa.

Menurut Apple, peranti iPad ialah ‘muktamad’ sebagai pengganti komputer Windows tapi tidak sama sekali. Ini kerana, peranti iPad menggunakan sistem operasi iOS yang hanya tampak seperti iPhone dengan skrin yang besar sahaja. Jika dibandingkan dengan Microsoft Surface, ia barulah layak untuk dinamakan sebagai komputer tablet dan tidak sesekali untuk peranti iPad menandingini Microsoft Surface – pendapat oleh saya.

Benar, peranti iPad ialah berada dalam kategori pertengahan di antara peranti iPhone dengan komputer Macbook – seperti yang diterangkan oleh Steve Jobs semasa pengenalan iPad generasi pertama pada tahun 2010 yang lepas. Namun, jika Apple masih mahu menegakkan kenyataan peranti iPad sebagai pengganti komputer Windows, mereka perlu merevolusikan sistem operasi dan juga peranti iPad ini.

Berikut ialah konsep yang dikeluarkan oleh MacStories bagaimana peranti iPad yang sepatutnya pada iOS 11 dan penerangan yang lebih lanjut anda boleh lihat di laman web mereka di sini:

Lihat juga konsep iOS 11 dengan fungsi Dark Mode, Split View dan banyak lagi di sini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *