Konsep ‘iPhone SE 2’ Baharu Diperlihatkan Dengan Rekaan Skrin Bingkai Nipis Seperti iPhone X

Peranti telefon pintar kompak, iPhone SE yang sememangnya antara model peranti iPhone terbaik yang masih menggunakan rekaan popular seperti iPhone 5 dan iPhone 5s. Namun, setelah hampir satu tahun lebih diperkenalkan pada bulan Mac tahun lepas, ramai pengguna menanti-nantikan kemas kini dan generasi seterusnya peranti ini.

Sebelum ini, sudah pun terdapat konsep ‘iPhone SE Plus’ yang hadir dengan skrin bingkai nipis bersaiz 4.7-inci berdasarkan rekaan skrin peranti premium baharu iaitu iPhone X. Kini, artis Concept Creator telah memberikan gambaran alternatif mengenai peranti kompak oleh Apple ini.

Rekaan keseluruhan masih sama seperti rekaan bingkai badan iPhone SE dan menambahkan rekaan skrin bingkai nipis dan terdapat ‘notch’ di atas tersebut. Saiz konsep skrin ialah bersaiz empat inci dan menggunakan satu kamera di belakang berbanding dwi-kamera seperti pada iPhone X.

Walaupun usia yang hampir menjangka 2 tahun, iPhone SE masih lagi dijual sekarang ini dengan variasi kapasiti storan baharu dan harga yang lebih murah. Apple telah pun menggandakan kapasiti storan kepada 32GB dan 128GB dengan masing-masingnya berharga RM1,749 dan RM2,249 yang baharu.

Terdapat beberapa khabar angin yang menyatakan Apple mungkin akan mengemaskini peranti kompak ini dengan generasi seterusnya pada tahun ini tapi telah disangkalkan. Apa-apa pun, iPhone SE masih mempunyai peminat dan pengguna disebalik saiznya yang kecil dan kompak tapi berkuasa.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *