Konsep

Konsep iPhone Xc Memberikan Gambaran iPhone X Dalam Pakej Mampu Milik Dan Berwarna-Warni

Walaupun Apple kini hanya menjual peranti premium dan flagship pada harga yang mahal, Apple sebelum ini turut menghasilkan peranti mampu milik dan boleh dikatakan agak ‘murah’ iaitu iPhone 5c. Peranti menggunakan bingkai housing dengan bahan polikarbonat ini mempunyai spesifikasi seperti iPhone 5 tapi bateri berkapasiti 1,570 mAh, lebih besar berbanding iPhone 5.

iPhone 5c masih lagi mempunyai peminat dan digunakan oleh pengguna walaupun telah mencapai had limit kemas kini pada iOS 10.3.3. Bagaimanakah jika iPhone 5c menggunakan rekaan seperti iPhone X? Hadir daripada iDrop News melalui pereka Martin Hajek, memperlihatkan konsep rekaan ‘iPhone Xc’ iaitu penggabungan rekaan iPhone 5c bersama iPhone X.

Berdasarkan rekaan konsep tersebut, ‘iPhone Xc’ atau ‘iPhone 10c’ (huruf roman, X = 10) menggunakan rekaan skrin bezel nipis seperti iPhone X dengan paparan skrin LCD berbanding OLED untuk kos pembuatan yang lebih murah dan berpatutan. Konsep tersebut juga menunjukkan rekaan ‘notch’ di atas untuk penggunaan Face ID.

Walaupun menggunakan bahan polikarbonat yang murah berbanding aluminium dan keluli tahan karat tapi ia lebih tahan berbanding penggunaan bahan kaca yang mudah pecah seperti pada iPhone X, yang juga boleh digunakan untuk pengecasan tanpa wayar. Turut terdapat pada konsep tersebut ialah penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang.

Sudah tentu ini hanyalah konsep semata-mata sahaja dan Apple tidak akan menghasilkan konsep ini. Sebelum ini, terdapat khabar angin menyatakan Apple akan menghasilkan tiga model iPhone bagi tahun hadapan dan salah satu daripadanya akan menggunakan paparan skrin LCD dan bahan aluminium.

 

Sumber: iDrop News