Konsep

Konsep Mac Mini Lebih Kecil Dengan Rekaan Touch Bar Dan Touch ID Terbina

Komputer Mac Mini tidaklah sering didengari oleh pengguna Apple sewaktu acara khas Apple sewaktu pelancaran iMac dan Macbook Pro yang baharu. Ini kerana sudah 3 tahun Apple tidak mengemaskini komputer Mac kompak bersaiz kecil ini kepada pengguna. Walaupun papan kekunci, tetikus dan paparan skrin yang perlu dibeli secara asing, ia masih mempunyai peminat untuk penggunaan yang boleh dioptimumkan.

Menurut Apple, Mac Mini masih lagi menjadi ‘produk terpenting dan keutamaan’ dalam barisan komputer Mac sekarang ini walaupun sudah lama diabaikan. Terdapat beberapa khabar angin sebelum ini yang menyatakan, Mac Mini mungkin akan menerima rekaan baharu serta spesifikasi dalaman yang dipertingkatkan pada masa yang akan datang.

Hadir daripada pereka Louis Berger memperlihatkan rekaan konsep Mac Mini dengan rekaan baharu yang lebih kecil dan turut mempunyai beberapa ciri dan fungsi baharu. Touch Bar dan Touch ID turut disertakan sekali sebagai ciri baharu daripada Macbook Pro yang terbaru. Konsep Mac Mini ini berasaskan rekaan pembesar suara Beats Pill berbanding dengan rekaan Mac Mini sekarang ini berbentuk petak dan kotak.

Tidak dipastikan samada bila untuk Apple mengemaskini produk Mac kompak ini. Selain daripada membeli komputer Macbook Pro atau iMac ataupun Mac Pro, Mac Mini boleh menjadi pilihan komputer asas versi pertengahan bagi pengguna termasuk golongan profesional.

Anda boleh lihat gambar selanjutnya di sini.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.