Konsep Mac Pro Dengan Rekaan Modular Diperlihatkan

Pada minggu yang lepas, Apple telah mengesahkan bahawa mereka sedang dalam membangunkan komputer Mac Pro yang baharu. Komputer ini tidak dikemas kini sejak ia mula dijual pada 2013 yang lepas. Apple juga berkata Mac Pro yang baharu ini tidak akan tersedia untuk dijual pada tahun ini dan dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2019 tapi ia tidak menghentikan pereka untuk mengimaginasikan rekaan komputer profesional itu kelak.

CURVED/labs daripada German telah membuat konsep Mac Pro dengan rekaan modular yang berasaskan rekaan Mac Mini. Konsep tersebut tidak lagi menggunakan rekaan ikonik ‘tong sampah’ dan mempunyai Touch ID serta Touch Bar pada kerangka model konsep tersebut. Rekaan konsep itu mempunyai ‘pintu untuk dibuka’ dan membolehkan pengguna untuk menaiktaraf beberapa komponen seperti dua kad grafik, simpanan SSD & cakera keras dan banyak lagi termasuklah headphone jack.

Di samping komputer Mac Pro ini, CURVED/labs juga membuat rekaan konsep skrin monitor 27 inci dengan paparan Retina serta mempunyai sambungan USB dibelakangnya.

Sejujurnya, konsep ini tidak mungkin akan menjadi realiti atas sebab ia menggunakan rekaan yang sangat berlainan daripada produk Apple yang lain. Konsep tersebut juga tidak menyebut tentang komponen penyejukkan tapi ia adalah konsep, terpulang pada anda untuk menilainya sendiri.

 

Sumber artikel: The Verge

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *