Lagi Gambar Skematik iPhone X Tertiris Dengan Beberapa Gambaran Komponen Dalaman

Semalam kami ada memuat naik gambar yang dikatakan sebagai skematik iPhone X / iPhone 8 yang menunjukkan gambaran dalaman peranti tersebut. Hari ini, skematik tersebut telah dikemas kini dengan gambar terbaru dengan lebih teliti dan terperinci yang menunjukkan komponen dalaman dengan penerangan setiap komponen tersebut.

Gambar yang dimuat naik ke laman Weibo hari ini menunjukkan dwi-kamera menegak dengan lampu LED berada di tengah dan tiada pengesan cap jari Touch ID berada di belakang. Pada skematik itu juga menunjukkan komponen pengecasan tanpa wayar yang dibangunkan oleh syarikat Qi.

Selain itu terdapat beberapa komponen yang ditunjukkan antaranya ialah antenna, cahaya dan proximity sensor, dua kamera hadapan, butang power, bateri, Taptic Engine, Lightning port, speaker, ‘wireless charging module’, tempat SIM, butang volume, suis pendiam, lampu flash dan dwi-kamera di belakang.

Sebelum ini, sudah terdapat khabar angin yang peranti iPhone X ini akan mempunyai pengecasan tanpa wayar. Selain paparan panel skrin OLED dibekalkan oleh Samsung, saiz skrin tersebut dilaporkan akan bersaiz sebesar 5.8-inci dengan saiz peranti seperti iPhone 7, 3D kamera hadapan dan cip pemprosesan Apple A11 berasaskan rekaan 10nm.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *