Laman Jualan Rasmi Apple Ditutup Menjelang Apple WWDC 2017

Bahang semakin dirasai menjelang Apple Worldwide Developer Conference (Apple WWDC) 2017 yang akan berlangsung pada malam ini (pagi Selasa) dan kini laman jualan rasmi Apple telah ditutup secara rasminya untuk memberi laluan kepada acara khas ini serta untuk mengemas kini produk terbaru yang akan diperkenalkan dan dibentangkan dalam acara ini. Laman jualan rasmi akan boleh diakses selepas acara khas WWDC ini berakhir.

Menurut khabar angin, Apple dikata akan mengemaskini kesemua barisan komputer Macbook mereka termasuklah Macbook, Macbook Pro yang dijangka akan diumumkan dan Apple juga berkemungkinan akan mengemas kini komputer Macbook Air.  Apple juga dikhabarkan bakal membentangkan kesemua sistem operasi terbaru mereka serta memperkenalkan iPad Pro 10.5-inci baharu dan juga Siri Speaker pada acara ini. Sama-samalah kita nantikan acara ini dan bagi yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai acara khas ini, boleh membaca artikel ini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *