Laman Rasmi Jualan Atas Talian Apple Ditutup Sempena Pra-Tempahan iPhone 7 (PRODUCT) RED

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Apple telah memperkenalkan edisi khas dan terhad iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT)RED selepas kemas kini dibuat di laman rasmi jualan atas talian pada hari selasa lepas (21 mac). Apple juga turut memperkenalkan beberapa produk dan penawaran terbaru antaranya ialah kapasiti iPhone SE digandakan, iPad 9.7 inci digantikan dengan iPad Air 2 dan iPad Mini 4 hanya dijual dengan kapasiti 128GB sahaja.

Pra-tempahan untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus (PRODUCT)RED, iPhone SE dan iPad 9.7 inci boleh mula dibuat tepat pada pukul 11.01 p.m. bermula hari ini (24 Mac). Penghantaran akan bermula pada penghujung bulan Mac bagi negara Australia, Belgium, Canada, China, France, Germany, Hong Kong, Italy, Japan, Mexico, Netherlands, New Zealand, Russia, Singapore, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, the UK dan United Arab Emirates. Negara Brazil, Chile, Colombia, India, Turkey dan negara lain akan bermula dari awal bulan April hingga Mei.

Bagi yang berminat untuk membeli dan membuat pra-tempahan, anda boleh pergi ke laman jualan atas talian Apple menggunakan pautan di bawah mengikut jenis peranti. Selamat membeli.

 

Anda juga boleh lihat senarai rangkuman kemas kini oleh Apple pada hari selasa lepas: Klik sini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *