Laporan Kewangan Apple Suku Kedua Tahun 2017 Dibentangkan

Hari ini, Apple membentangkan laporan kewangan bagi suku kedua tahun 2017 secara langsung di Apple Conference CallLaporan ini dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dan Ketua Pegawai Kewangan Apple, Luca Maestri.

kewangan

Pembentangan ini dimulakan oleh Tim Cook. Beliau dengan bangganya melaporkan jumlah hasil jualan bagi suku kedua tahun ini sebanyak $52,896 juta. Manakala pendapatan sesaham dicairkan pula $2.10 bagi satu unit. Ini menunjukkan peningkatan  yang tinggi jika dibandingkan dengan tahun lepas iaitu jumlah hasil jualan $50,557 juta dan pendapatan sesaham dicairkan $1.90.

Apple juga mengumumkan penambahan $50 billion kepada program-program khusus untuk menambahkan hasil dividen kepada para pemegang saham. Kini, Apple merupakan syarikat yang membayar dividen yang terbesar di dunia iaitu sebanyak $13.22 billion mengalahkan Exxon Mobil yang hanya $12.77 billion pada tahun ini. Dividen sebanyak $0.63 sesaham akan dibayar kepada semua pemegang saham pada 18 Mei 2017.

Untuk suku ketiga 2017 nanti, Apple meletakkan beberapa sasaran berikut:-

  • hasil jualan antara $43.5 billion hingga 45.5 billion
  • untung kasar antara 37.5 peratus hingga 38.5 peratus
  • perbelanjaan operasi antara $6.6 billion hingga $6.7 billion

Anda boleh mendengar ulangan audio pembentangan laporan kewangan ini di laman Apple Conference CallIa akan disediakan di laman tersebut selama dua minggu bermula pada hari ini.

Sumber: Apple Newsroom

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *