Apple

Laporan Kewangan Apple Suku Keempat Tahun 2017 Dibentangkan

Apple hari ini telah membentangkan laporan kewangan bagi suku ketiga tahun 2017 melalui secara langsung di Apple Conference Call. Seperti biasa, laporan ini dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dan Ketua Pegawai Kewangan Apple, Luca Maestri.

Laporan pembentangan ini dimulakan oleh Tim Cook, untuk suku keempat tahun ini Apple mempunyai hasil pendapatan sebanyak $52,579 bilion yang meningkat sebanyak 12% dan keuntungan sebanyak $10.7 bilion berbanding suku keempat tahun lepas dengan $46,852 bilion. Bagi pendapatan saham ia dicairkan sebanyak $2.07 bagi satu unit, meningkat sedikit berbanding tahun lepas dengan $1.90 bagi satu unit dan dengan itu juga, Apple kini mempunyai $237.6 bilion jumlah duit tunai.

Selain itu, hasil jualan bagi iPhone juga telah meningkat dengan sebanyak 46.6 juta unit telah terjual berbanding 45.5 juta unit yang dijual pada suku keempat tahun lepas. Bagi peranti iPad pula, hasil jualan telah meningkat dengan sebanyak 10.3 juta unit telah terjual berbanding 9.3 juta unit pada suku keempat tahun lepas. Tambahan, hasil jualan komputer Mac juga meningkat dengan sebanyak 5.4 juta unit dijual berbanding 4.9 juta unit pada suku keempat tahun lepas.

Untuk suku pertama 2018 nanti, Apple meletakkan beberapa sasaran berikut:
● hasil jualan antara $84 bilion dan $87 bilion
● untung kasar antara 38 peratus hingga 38.5 peratus
● perbelanjaan operasi antara $7.65 bilion hingga $7.75 bilion

Anda boleh mendengar ulangan audio pembentangan laporan kewangan ini di laman Apple Conference CallIa akan disediakan di laman tersebut selama dua minggu bermula pada hari ini.

 

Sumber: Apple Newsroom

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.