Lelaki Ini Membina Sendiri Peranti iPhone 6s Yang Berfungsi Sepenuhnya Daripada Alat Gantian Terpakai

Bekas jurutera perisian Scotty Allen ingin tahu adakah seseorang boleh membina sendiri peranti iPhone sepenuhnya daripada komponen alat gantian, jadi beliau memutuskan untuk pergi ke Shenzhen, China untuk mencari dan mengumpul kesemua komponen tersebut.

Ternyata, sebuah peranti iPhone boleh dibina sendiri dari awal menggunakan bahagian komponen yang dibeli dan digabungkan untuk membina peranti iPhone seperti yang ditunjukkan oleh Allen pada video di bawah.

Dia membina peranti iPhone 6 berkapasiti storan 16GB yang tampak seperti model yang baharu dijual menggunakan komponen alat gantian yang dibeli daripada pasaran telefon bimbit di Huaqiangbei, China. Peranti tersebut berfungsi sepenuhnya termasuklah Touch ID yang boleh digunakan sebab papan induk dan butang Home Button dibeli bersama.

Kos jangkaan dianggarkan menurut beliau untuk membina sebuah peranti iPhone 6s ini ialah berharga $300 atau dalam lingkungan RM1400. Disebabkan komponen peranti iPhone 7 agak susah untuk dicari, beliau memilih untuk membina peranti iPhone 6s. Komponen yang paling susah untuk dicari ialah papan induk dengan butang Home Button yang disekalikan dan Touch ID yang berfungsi sepenuhnya.

Allen berkongsikan pengalaman beliau seperti dalam video di atas dan maklumat tambahan tentang komponen serta cara pemasangan boleh dilihat pada laman blog beliau.

 

Sumber artikel: MacRumors, Gambar: iFixit

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *