Aksesori Berita iPad

Logitech Memperkenalkan Kerangka Dan Papan Kekunci Slim Folio Untuk iPad Terbaru

Kali ini Logitech pula telah memperkenalkan Logitech Slim Folio, papan kekunci dengan sambungan bluetooth dan kerangka yang direka untuk iPad 9.7-inci generasi kelima yang Apple telah perkenalkan secara kemas kini di App Store pada awal tahun ini.

Kerangka dan papan kekunci Slim Folio ini menurut Logitech, direka dengan kekunci yang besar untuk memudahkan ketika menaip dengan pantas. Ia juga mempunyai fungsi dan kekunci pintasan iOS yang membolehkan untuk membuat tugasan seperti menukar aplikasi, mengaktifkan fungsi carian, mengakses Home Screen dan mengawal volume tanpa menyentuh paparan skrin iPad tersebut.

Sel bateri dalam papan kekunci tersebut dikatakan boleh bertahan sehingga 4 tahun tanpa perlu digantikan dengan mempunyai sistem fungsi on-off secara automatik apabila membuka iPad dan menutup iPad. Dengan berharga $99.99 (~RM500+), kerangka dan papan kekunci ini boleh ditempah di laman jualan rasmi Logitech.

Bagi pengguna di Malaysia, anda perlu menunggu sehingga pertengahan atau akhir bulan ini untuk ia mula dijual dan semestinya dijual di laman jualan rasmi terbesar seperti Lazada, Amazon dan sebagainya.

 

Sumber artikel: MacRumors dan 9to5Mac

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.