Lukisan Skematik iPhone X (iPhone 8) Mula Tertiris

Lukisan skematik yang dilaporkan sebagai prototaip iPhone X (iPhone 8) mula tersebar luas di internet. Lukisan itu menunjukkan peranti iPhone 8 yang tiada Home Button/Touch ID dan mempunyai kamera 3D di bahagian hadapan dan belakang.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, Home Button/Touch ID pada iPhone 8 akan dibuang untuk paparan skrin yang besar dan tiada pengimbas cap jari pada kerangka iPhone.

Peranti iPhone 8 sememangnya akan diubah reka bentuk disebabkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 iPhone sejak ia mula dijual dan diperkenalkan pada tahun 2007 yang lepas. Lukisan skematik ini ditiris oleh Benjamin Geskin, seorang pereka dalam menghasilkan gambar 3D produk berdasarkan khabar angin yang sah.

Seperti yang dilaporkan oleh beliau, lukisan tersebut ialah model prototaip iPhone 8, jadi ia tidak 100% tepat apabila peranti yang sebenar diperkenalkan pada bulan September ini. Tapi, Apple mungkin akan meneruskan reka bentuk ini yang tidak mempunyai Home Button pada paparan skrin yang besar.

Saiz paparan skrin dilaporkan akan menggunakan nisbah aspek 16:9 dan nisbah aspek 17:9 di bawah untuk berfungsi sebagai Touch Bar kecil.

Kerangka nipis mungkin akan mempunyai dua panel kaca rata dan tidak seperti yang dilaporkan dalam perjanjian antara Apple dan Samsung untuk bekalan panel OLED. Terdapat dua sensor besar di atas yang salah satunya mungkin merupakan pengimbas muka atau mata dan salah satunya ialah kamera hadapan. Namun, ia mungkin merupakan kamera 3D menurut Geskin.

Dua lubang di atas kerangka mungkin merupakan mikrofon manakala di bawah pula ialah speaker dan mikrofon serta port Lightning. Apple dilapor tidak akan menukar kepada port USB-C. Terdapat juga lukisan yang dilakar oleh pekerja kilang yang memasang prototaip iPhone 8 ini:

Namun, gambaran semua ini tidak sesekali sama seperti peranti yang siap sepenuhnya kelak dan tiap model prototaip akan diubah reka bentuk untuk pengubahsuaian sehinggalah reka bentuk akhir diterima.

 

Sumber: Benjamin Geskin

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *