Lukisan Terbaru Menunjukkan Ukuran Dimensi Dan Reka Bentuk ‘iPhone X’ (iPhone 8) Tertiris

Sebelum ini terdapat lukisan skematik teknikal menyerupai iPhone 8 yang telah tertiris beberapa hari lepas menunjukkan pengimbas cap jari di belakang peranti tersebut. Pendapat dari kami, ia merupakan model prototaip yang berfungsi sepenuhnya untuk diuji bagi beberapa peringkat sebelum reka bentuk terakhir dipilih. Menurut sumber, Apple sudahpun mempunyai 10 model peranti prototaip untuk diuji.

Kini terdapat lukisan terbaru ‘iPhone 8’ (iPhone X) yang telah tertiris di Weibo menunjukkan ukuran dimensi dan reka bentuk peranti tersebut dengan lebih terperinci. Ukuran peranti tersebut pada lukisan tersebut memaparkan berukuran 137.54 mm tinggi dengan 67.54 mm lebar. Lebih kurang sama seperti ukuran kerangka peranti iPhone 7 dengan 138.3 mm x 67.1 mm.

Lukisan tersebut juga menunjukkan pandangan hadapan peranti dengan beberapa komponen seperti kamera dan pengesan serta beberapa komponen lain yang berada di sebelah lubang tempat letak telinga. Komponen lain tersebut ialah seperti kamera hadapan, lubang mikrofon kecil, sensor cahaya ambien, sensor proksimiti dan seperti yang dikhabarkan sebelum ini iaitu kamera 3D.

Kesemua komponen tersebut kelihatan seperti ‘tertanam’ dalam kawasan paparan skrin dan beberapa mockups menunjukkan hanya lubang tempat tempat telinga sahaja yang muncul apabila skrin dinyalakan. Komponen lain seperti kamera dan sensor lain tidak digambarkan, tidak pasti bagaimana rupa komponen tersebut dalam realiti.

Pengesan cap jari, Touch ID juga tiada pada paparan hadapan skrin berdasarkan lukisan tersebut. Apple sebelum ini dikhabarkan sedang membangunkan imbasan jari terbina pada skrin tapi dilaporkan akan menghadapi masalah kadar penghasilan sistem yang perlahan dan sukar diintegrasikan pada paparan skrin peranti. Ini juga mengakibatkan penghasilan peranti iPhone 8 akan mengalami kelewatan dan jika tidak berjaya, Apple akan mengubah kedudukan pengimbas cap jari ke belakang peranti seperti model prototaip yang dilaporkan sebelum ini.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *