Mac Mini Mungkin Akan Menerima Penaiktarafan Spesifikasi Dan Reka Bentuk Terbaru

Komputer Mac Mini merupakan komputer desktop kecil sebagai alternatif kepada komputer iMac dan Mac Pro. Apple sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa, Mac Mini masih menjadi keutamaan dalam barisan komputer Mac. Dalam laporan khabar angin oleh Pike Universum menyatakan, komputer Mac Mini bakal dikemas kini dan menerima penaiktarafan spesifikasi serta reka bentuk.

Bagi konfigurasi yang tinggi, reka bentuk komputer mungkin akan lebih besar atau lebih tinggi untuk disuaikan dengan spesifikasi yang dinaik taraf. Kemas kini terakhir oleh Apple untuk komputer ini ialah pada Oktober 2014 yang lepas.

Intel telah mengeluarkan prosesor Kaby Lake yang sesuai untuk Mac Mini tapi tiada khabar angin yang lain. Satu tambahan yang mungkin akan ditambah ialah Thunderbolt 3 seperti yang ada pada Macbook Pro dengan Touch Bar dan model iMac Pro yang baharu.

Komputer Mac Mini dijual berasingan tanpa monitor, papan kekunci dan tetikus. Berikut adalah spesifikasi terkini Mac Mini di laman jualan rasmi Apple:

 

Sumber: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *