Berita Khabar Angin Mac Pro

Mac Pro Dengan Rekaan Modular Mungkin Akan Dikeluarkan Pada Awal 2019

Dengan pra-pengumuman oleh Apple tentang Mac Pro dengan rekaan modular yang sedang dibangunkan oleh mereka, komputer tersebut mungkin akan keluar tidak seperti yang dijangkakan.

Sebelum ini, Apple ada berkata rekaan modular Mac Pro itu tidak akan dikeluarkan pada tahun ini tapi mereka tidak menjanjikan ia akan keluar pada tahun hadapan. Menurut sumber oleh Thom Holwerda, pengurus urusan OSNews berkata projek tersebut baru sahaja dimulakan beberapa minggu yang lepas dan tidak siap seperti yang kita jangkakan.

Menurut Holwerda lagi, keputusan yang dibuat oleh Apple ini dibuat berikutan respon oleh golongan profesional terhadap Macbook Pro dengan Touch Bar yang terkini dan tiada sebarang kemas kini dibuat untuk Mac Pro oleh Apple sendiri. Buat masa kini, komputer Mac Pro yang sedia ada telah menerima penaiktarafan spesifikasi pada harga yang sama.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.