Mac Pro Menerima Penaiktarafan Spesifikasi Pada Harga Yang Sama

Apple Mac Pro, kemas kini terakhir pada Disember 2013 yang lepas mula mendapat penaiktarafan spesifikasi dengan cip Intel yang lebih pantas dan kemas kini lain. Model terkini Mac Pro dengan cip quad-core Xeon dan dual AMD FirePro D300 graphics kini hadir dengan prosessor pantas dengan six core dan dual D500 GPU pada harga RM 12,999.00. Model six core dengan dual AMD FirePro D500 graphics pada harga RM 16,999.00 sebelum ini kini hadir dengan eight CPU cores dan dual D800 GPU. Maklumat lebih lanjut, boleh lihat di laman jualan rasmi Apple.

Mac Pro dengan spesifikasi yang lama dijual seperti harga di atas dan selepas penaiktarafan spesifikasi yang baru, harganya masih sama seperti biasa. Secara teknikalnya, jika anda ingin membuat penaiktarafan untuk spesifikasi, Apple akan mengenakan bayaran tambahan dan menjadikan harga lebih mahal. Selain penaiktarafan cip Intel dan grafik AMD, tiada sebarang penaiktarafan pada perkakasan. Lubang port masih sama seperti biasa, bermaksud ia masih kekal dengan Thunderbolt 3 tapi tiada USB-C (dan tiada sokongan untuk monitor LG UltraFine 5K).

Apple sebelum ini telah memulaukan Mac Pro semenjak tahun 2013, menambahkan masalah kepada golongan profesional yang menggunakan komputer Mac untuk tugas-tugas yang memerlukan prestasi intensif seperti 3D editing atau menyunting video resolusi tinggi. Komputer Mac yang lain menggunakan kad grafik mudah alih yang tidak boleh melakukan tugas yang berat. 

Menurut Phil Schiller, Apple Senior Vice President of Worldwide Marketing, memberitahu John Gruber (Daring Fireball) yang Apple sedang membangunkan Mac Pro baharu dengan rekaan modular untuk memudahkan penaiktarafan termasuklah monitor “Pro” yang akan diperkenalkan sekali kelak. Artikel selanjutnya di sini.

Selain penaiktarafan dan pembangunan rekaan baharu Mac Pro, Apple juga dilaporkan akan menghasilkan “iMac Pro” untuk golongan profesional.

 

Sumber: Daring Fireball

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *