Machines Protection Plan – Pelan Pelindungan 2 Tahun

Anda beli iPhone dan Apple Watch di Machines? Jangan lupa untuk dapatkan Machines Protection Plan – pelan pelindungan 2 tahun terhadap iPhone dan Apple Watch anda.

Machines Protection Plan (MPP) merupakan pelan pelindungan yang merupakan kerjasama antara Machines dengan syarikat insurans AIG. MPP boleh dibeli bersama-sama dengan pembelian iPhone dan Apple Watch di mana-mana kedai Machines seluruh Malaysia.

pelindungan

MPP ialah pelan pelindungan untuk jangka masa 2 tahun. Ia melindungi pelbagai kerosakan dan kemalangan seperti kerosakan skrin, kerosakan akibat cecair dan kerosakan akibat masalah-masalah yang lain. Selain itu, bagi yang melanggan MPP, anda juga akan diberi keahlian Machines+ selama 1 tahun. Banyak diskaun dan manfaat yang dapat diperoleh apabila menjadi ahli Machines+.pelindungan

Harga bagi pakej MPP ialah berbeza mengikut jenis peranti. Bagi iPhone, MPP berharga RM599. Manakala bagi Apple Watch, MPP berharga RM299. Dalam masa dua tahun, anda akan dilindungi oleh jaminan terhad dari Apple dan juga MPP ini. Jadual di atas memaparkan harga servis ataupun gantian yang dikenakan. Sebagai contoh, jika anda melanggan MPP dan iPhone anda rosak akibat air dan memerlukan gantian, anda hanya perlu membayar RM299 untuk dapatkan gantian penuh iPhone yang baharu. Tiada caj dikenakan sekiranya mahu menukar skrin sahaja. Ianya jauh lebih murah berbanding Harga penukaran biasa (tanpa MPP).

Machines Protection Plan memang pelan pelindungan yang lebih lama (2 tahun > 1 tahun) berbanding Switch Protection Plan, tetapi ia tidak melindungi kes kecurian atau rompakan atau kemalangan (iPhone hilang dan sebagainya).

Sekurang-kurangnya, dengan kewujudan pelan pelindungan daripada Machines dan Switch ini, dapatlah menampung ketiadaan Apple Care+ untuk iPhone di Malaysia dan sebagai tambahan alternatif bagi pelan pelindungan Apple Watch dan iPad.

Sumber: Machines MPP

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *