macOS Sierra 10.12.5 Public Beta 1 Dikeluarkan Untuk Pengguna Berdaftar

Selepas mengeluarkan iOS 10.3.2 Public Beta 1 sebelum ini, Apple telah mengeluarkan versi Public Beta pertama untuk sistem operasi macOS Sierra 10.12.5 kepada pengguna berdaftar. Pengguna yang telah berdaftar dengan program Public Beta akan mendapat notifikasi beta ini boleh membuat dan memuat turun kemas kini di App Store selepas memasang sijil profil pada peranti Mac anda.

Bagi pengguna yang berminat, anda juga boleh daftar menggunakan akaun Apple ID di laman sesawang program Public Beta. Tutorial untuk pendaftaran turut disediakan. Pengguna boleh juga mendapatkan versi beta bagi macOS Sierra. Versi beta ini adalah tidak stabil dan mempunyai pelbagai pepijat, anda disarankan untuk menggunakan versi beta ini pada peranti kedua atau membuat dwi-boot.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *