Magic Keyboard Dengan Touch Bar Dan Touch ID Dipatenkan Oleh Apple

Fungsi Touch ID pertama kali mula diperkenalkan pada peranti iPhone 5s dan fungsi Touch Bar pula diperkenalkan pada komputer Macbook Pro tahun lepas. Apple selepas itu telah mengemaskinikan papan kekunci tanpa wayar iaitu Apple Wireless Keyboard kepada Apple Magic Keyboard yang mempunyai reka bentuk baharu dan kekunci yang nipis sama seperti mekanisme kekunci butterfly yang terdapat pada Macbook Pro terkini.

Touch ID yang terdapat pada komputer Macbook Pro terkini menggunakan Touch ID generasi kedua yang lebih pantas ketika membaca cap jari dan membuka peranti yang telah dikunci sama seperti yang terdapat pada peranti iPhone 6s ke atas kini.

Dengan penambahan kedua-dua fungsi ini, ia akan memudahkan pengguna seperti melakukan pembayaran tanpa perlu menggunakan peranti iPhone dengan hanya menggunakan Touch ID yang terdapat pada papan kekunci ketika membeli barang di hadapan komputer. Touch Bar membolehkan mengakses pintasan, membuka tab pada pelayar web dan sebagainya.

Apple Macbook Pro dengan Touch Bar dan Touch ID.

Dipahamkan, paten ini mungkin diperkenalkan papan kekunci yang baharu iaitu Apple Magic Keyboard 2 atau generasi kedua yang bakal keluar sekali dengan iMac versi Pro di akhir bulan Oktober ini.

 

Sumber: Patently Apple, Gambar (atas sekali): Lucas Valim

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *