Mahkamah Belanda Melarang Apple Menggunakan Peranti Terpakai Untuk Penggantian Jaminan

Perkara yang paling menakutkan apabila membeli dan menggunakan peranti atau produk pada harga yang mahal ialah apabila ia mengalami kerosakan tapi anda akan bernasib baik jika peranti atau produk tersebut masih dalam tempoh jaminan dan boleh membuat penggantian. Namun, tempoh untuk menunggu mendapatkan kembali akan mengambil jangka masa yang lama.

Di Apple mereka mempunyai polisi memberi “peranti baru” kepada pelanggan dan mengambil peranti yang rosak sebagai ganti tetapi peranti yang disangkakan baru ini sebenarnya adalah peranti terpakai yang telah diperbaiki (sebahagiannya). Kes ini terjadi di Belanda di mana pemilik peranti iPad Air 2 yang dibelinya selepas 4 bulan telah mengalami masalah Wi-fi.

Beliau kemudiannya membuat proses penggantian jaminan dan apabila mendapat kembali iPad Air 2, beliau mendapati peranti tersebut ialah peranti gantian terpakai. Akibat tidak berpuas hati, beliau telah membawa kes ini yang berlarutan semenjak 2015 lepas ke mahkamah dan telah memenangi dengan mahkamah mengarahkan pihak Apple untuk tidak tidak lagi memberikan peranti terpakai sebagai peranti gantian apabila berlaku kerosakan serta diarahkan membayar €100 untuk setiap hari bagi pelanggan tersebut sewaktu tidak dapat peranti gantian.

Selain kes ini, terdapat juga beberapa kes yang berlaku di Denmark di mana peranti iPhone yang rosak telah diganti dengan peranti terpakai dan ada juga kes yang sama seperti ini yang berlaku di California.

Anda boleh lihat laporan penuh kes ini di Tweakers.

 

Sumber artikel: 9to5Mac, Apple Insider dan Amanz | Gambar: iFixit

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *