Tutorial

Mana Perginya ‘Auto-Brightness’ Selepas Mengemaskini iOS 11?

Pasti ada pengguna yang mula merasakan penggunaan tetapan ‘Auto-Brightness’ selepas mengemaskini iOS 11 dan mahu menutup tetapan automatik. Bermula dari iOS 11 versi beta 6, Apple telah mengubahkan lokasi Auto-Brightness ini yang sebelumnya berada pada lokasi panel Display & Brightness ke lokasi yang baharu.

Lokasi untuk Auto-Brightness yang terbaru ialah pada panel Settings > General > Accessibility > Display Accommodations > Auto-Brightness. Dengan ini, ia agak menyusahkan pengguna yang perlu memasuki ke panel tersebut jika mahu mengaktif atau menyahaktifkan tetapan ini.

Bagi tetapan Night Shift, masih berada pada lokasi panel Display & Brightness tapi untuk mengaktifkan pada Control Center, anda perlu membuat 3D Touch atau ‘long press’ pada ikon Brightness untuk membuka dan mengaktif atau menyahaktifkan Night Shift.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.