Masalah Kekurangan Bekalan Sekali lagi Dikhabarkan Untuk Pengeluaran Dan Penjualan iPhone X / iPhone 8

Jika semalam kami ada melaporkan mengenai penjualan iPhone X / iPhone 8 ini tidak ditangguhkan, kini penganalisis KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo sekali lagi mengeluarkan kenyataan untuk menyokong dakwaan beliau yang sebelum ini menyatakan masalah kekurangan bekalan sebagai salah satu sebab utama untuk pengeluaran dan penjualan iPhone 8 ditangguhkan ke akhir bulan Oktober atau awal bulan November.

Menurut Ming-Chi Kuo, masalah bekalan ini akan berlaku selepas Apple memperkenalkan iPhone terbaru ini pada bulan September. Sebelum ini, Apple akan memulakan pengeluaran, penghantaran dan penjualan (selepas diperkenalkan) pada bulan Ogos hingga September tapi menurut beliau, ia akan ditangguhkan ke akhir bulan Oktober hingga November.

Benjamin Geskin

Beliau masih mempercayai bahawa Apple akan memperkenalkan kesemua iPhone baharu pada acara khas yang akan berlangsung pada bulan September kelak. Namun, akan terdapat beberapa masalah yang akan melambatkan penjualan iPhone ini termasuklah pengesan cap jari Touch ID yang diintegrasikan ke dalam paparan skrin OLED.

Terdapat juga beberapa khabar angin yang berkata Apple akan menundakan pengenalan iPhone 8 ini dan tidak diperkenalkan pada bulan September, tapi kebanyakan khabar angin masih percaya syarikat tersebut akan memperkenalkan iPhone ini pada acara tersebut dan menjual dalam kuantiti yang sedikit.

Masih terlalu awal untuk mempercayai khabar angin yang tersebar, waktu terbaik untuk mempercayai sebarang khabar angin dan ura-ura ialah pada bulan Julai hinggai September.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *