Mesej Boleh Hilang Untuk Instagram Direct Telah Dipermudahkan

Instagram memperkenalkan Instagram Direct yang baharu untuk memudahkan pengguna menghantar teks, gambar atau video kepada pengguna lain atau rakan yang dipilih untuk mesej peribadi. Teks dan perkongsian semula akan sama seperti gambar dan video yang akan hilang selepas dibuka dan ditonton oleh penerima.

Apabila penerima menerima mesej boleh hilang, ia akan berwarna biru dalam peti masuk akaun anda. Tekan untuk melihat mesej dan anda boleh mengulanginya semula. Penghantar akan diberitahu jika mesej tersebut diulangi semula atau screenshot oleh penerima.

Ia memudahkan interaksi pengguna dan tidak perlu melihat pada dua bahagian ketika anda berinteraksi serta menjaga hak privasi pengguna juga.

 

Sumber: Instagram

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *