Microsoft Memperkenalkan Aplikasi To-Do Yang Bakal Menggantikan Wunderlist

Aplikasi pengurusan tugas (Task Management) Wunderlist sudah tidak asing lagi sejak diperkenalkan pada tahun 2011. Syarikat yang menghasilkan Wunderlist tersebut telah di beli oleh Microsoft pada tahun 2015. Dengan pembelian tersebut, maka lahirlah aplikasi terbaru Microsoft iaitu To-Do. Aplikasi ini bakal menggantikan Wunderlist di masa hadapan mengikut penulisan di Blog mereka.

Bagi anda yang ingin mencuba aplikasi ini, boleh download terus di App Store secara percuma. Jika anda pengguna lama Wunderlist, tugas-tugas anda boleh di import melalui aplikasi To-Do, cuma ada satu kelemahan utamanya ialah pada buat masa kini, aplikasi ini belum menyokong ‘subtask’. ‘Subtask’ sedia ada dari aplikasi Wunderlist akan ditukar menjadi nota bagi tugasan utama. Buat masa ini To-Do hanya menyokong iPhone sebagai peranti utama untuk sistem operasi iOS.

Gambar di bawah menunjukkan bagaimana cara mengimport tugasan kepada To-Do:

 

Muat turun aplikasi To-Do ini sekarang di App Store.

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *