Microsoft Secara Rasminya Melancarkan Perisian Visual Studio Untuk Mac

Selepas beberapa bulan dimumkan, Microsoft secara rasminya melancarkan perisian koding Visual Studio untuk komputer Mac. Perisian ini membolehkan pembangun untuk koding aplikasi menggunakan Microsoft integrated development environment (IDE) pada platform macOS serta boleh disegerakkan di kedua-dua peranti Windows dan Mac.

Visual Studio untuk macOS menurut Microsoft ialah untuk membolehkan pembangun menguruskan kod mereka dihoskan oleh mana-mana pembekal, seperti GitHub dan Visual Studio Team Services. Pembangun boleh untuk membina, menyambung dan membuat penalaan aplikasi mudah alih untuk iOS, macOS, dan Android serta juga mempunyai keupayaan untuk membangunkan aplikasi web atas sokongan untuk APS.NET Core. Dalam erti kata bahasa pengaturcaraan, bahasa C# dan F# ialah disokong.

Terdapat tiga versi Visual Studio untuk Mac ini yang pengguna boleh memuat turun, termasuklah Visual Studio Community (percuma), Visual Studio Professional dan Visual Studio Enterprise. Untuk langganan secara awan pula, terdapat pilihan bulanan dan tahunan untuk pengguna yang mahukan pelan Visual Studio Professional dengan berharga sebanyak $539/setahun (~RM2,350) manakala langganan bulanan pula ialah $45/sebulan (~RM200) dan Visual Studio Enterprise yang berharga sebanyak $2,999/setahun (~RM13,000) atau $250/sebulan (~RM1,100).

Namun, langganan Visual Studio Professional dan Visual Studio Enterprise belum / tidak tersedia untuk negara Malaysia. Muat turun perisian Visual Studio Community. [Klik pautan ini]

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *