Model Apple Watch Series 3 Dijangka Akan Dikeluarkan Pada Suku Kedua Tahun 2017

Generasi seterusnya untuk peranti Apple Watch dijadual akan dikeluarkan pada suku kedua tahun 2017 ini menurut DigiTimes. Sebelum ini, berita Economic Daily News juga ada membuat laporan yang sama dengan menyatakan model terbaru Apple Watch akan dikeluarkan dengan peningkatan dari segi bateri dan peningkatan prestasi.

Apple Watch Series 2 merupakan model yang dikemas kini selepas Apple Watch Series 1 yang diperkenalkan bersama dalam acara khas iPhone 7, ia agak munasabah untuk mengandaikan model Series 3 akan keluar pada bulan September ini juga. Model original Apple Watch, yang kini dikenali sebagai Series 0 mula diperkenalkan pada April 2015 yang lepas.

Selain dari processor pantas dan bateri yang tahan lebih lama, sambungan selular juga dikhabarkan akan hadir pada Apple Watch terbaru. Dengan sambungan ini, pengguna Apple Watch tidak lagi perlu untuk disambungkan dengan iPhone untuk membuat panggilan atau mendengar penstriman kandungan Apple Music tapi pelan data daripada telco mungkin akan berasingan dengan pelan data pada iPhone.

Reka bentuk Apple Watch sebelum ini masih lagi sama dan tiada perubahan sejak model pertama diperkenalkan pada April 2015 lepas tapi terdapat satu laporan mengatakan model Series 3 akan mempunyai perubahan yang sedikit dari segi reka bentuk dan perkakasan. Apple juga turut akan memperkenalkan tali jam baharu pada setiap suku tahun.

 

Sumber: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *