Mophie Menghasilkan Kerangka iPhone 7 Dengan Pengecasan Tanpa Wayar Terbina

Pengecasan tanpa wayar merupakan salah satu teknologi yang amat berguna dan terpenting sekali. Apple dilapor akan mengimplementasikan teknologi ini pada iPhone 8 yang bakal diperkenal dan dikeluarkan pada tahun ini. Sementara menunggu Apple sendiri mengimplementasi teknologi ini, anda mungkin berminat dengan kerangka yang dihasilkan oleh Mophie ini.

Mophie Charge Force Case merupakan kerangka yang mempunyai pengecasan tanpa wayar terbina yang boleh digunakan dengan pad pengecasan yang lain ataupun dengan power bank terbaru oleh Mophie iaitu Charge Force Power Station Mini yang mempunyai magnet untuk melekatkan power bank tersebut pada belakang kerangka ini.

Power bank tersebut mempunyai kuasa bateri sebanyak 3,000 mAh yang boleh mengecas sehingga 32 jam bateri menurut Mophie. Kerangka ini diperbuat daripada bahan kulit dan polyurethane plastics (TPU) untuk bezel. Ia juga turut mempunyai bucu yang tebal untuk perlindungan dan juga port untuk mikrofon serta speaker.

Berbeza dengan kerangka Mohpie Juice Pack dan kerangka pengecas lain, kerangka ini tidak mempunyai bateri terbina dan hanya mempunyai pengecasan tanpa wayar terbina untuk saiz yang nipis. Jika anda mahu menggunakan wayar pengecas, anda boleh menanggalkan penyambung kerangka ini dan mengakses port lightning untuk mengecas seperti biasa.

Kerangka ini dihasilkan untuk iPhone 7  serta iPhone 7 Plus yang mempunyai 5 warna dijual dengan harga $59.95 (~RM256) yang juga terdapat untuk Samsung S8 / S8+. Bagi yang berminat, kerangka ini belum lagi hadir untuk pasaran Malaysia dan tidak diketahui lagi – mungkin akan masuk melalui Lazada, iPrice, Ubuy dan lain-lain. Untuk iPhone lain, anda mungkin berminat dengan kerangka Mophie Juice Pack Wireless yang mempunyai bateri dan pengecasan tanpa wayar terbina.

 

Sumber: Mophie

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *