Muka Hadapan Majalah ‘Traveler’ Dan ‘Bon Appétit’ Ditangkap Menggunakan iPhone 7 Plus

Tidak lagi rahsia bahawa peranti iPhone 7 Plus merupakan salah satu peranti yang mempunyai kamera terbaik untuk dalam kategori telefon pintar. Sejak mula diperkenalkan, ia sering kali digunakan untuk digunakan dalam pelbagai pengambaran di mana penggunaan telefon pintar yang tidak pernah dijangkakan. Kini, syarikat penerbitan Condés Nast telah menggunakan peranti iPhone 7 Plus untuk menangkap gambar muka hadapan majalah terbitan mereka bagi edisi bulan Mei.

Dilaporkan oleh TechCrunch dan diumumkan dalam satu kenyataan media, Condés Nast telah menggunakan peranti iPhone 7 Plus untuk menangkap muka hadapan majalah edisi bulan Mei ‘Traveler’ dan ‘Bon Appétit’. Kedua-dua isu ini merupakan yang pertama kali bagi Condés Nast menggunakan peranti iPhone untuk menangkap muka hadapan majalah terbitan mereka.

 

Gambar tersebut ditangkap oleh Peden + Munk, melaporkan kepada TechCruch dengan menyatakan, peranti iPhone merupakan salah satu kamera yang mudah untuk digunakan pada pengambaran fotografi muka hadapan majalah makanan, Bon Appétit tersebut:

“It didn’t feel like a big magazine cover shoot where there were a bunch of assistants and light reflectors,” Peden said. “It felt very comfortable and natural.”

Peden + Munk menjelaskan mereka menggunakan aplikasi VSCO ketika menangkap gambar tersebut, memudahkan mereka untuk menyunting gambar secara terus dari iPhone mereka.

Condé Nast juga menggunakan peranti iPhone 7 Plus dan mod potrait untuk menangkap muka hadapan majalah Traveler Hot List Awards.

 

Sumber artikel: 9to5Mac dan MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *