Negara Manakah Yang Paling Murah Untuk Memiliki iPhone 7?

3 Mei yang lepas, Deutsche Bank mengeluarkan laporan “Mapping the World’s Prices 2017“. Laporan ini membandingkan harga barang-barang tertentu di negara-negara tertentu di seluruh dunia. iPhone 7 merupakan salah satu barang yang dibandingkan dari segi harga di 33 buah negara. Persoalannya, negara manakah yang paling murah untuk memiliki iPhone 7 ?

Di dalam laporan tersebut di muka surat 13, Deutsche Bank membandingkan harga sebuah iPhone 7 128GB di 33 buah negara. Namun, mereka hanya membandingkan harga dengan matawang Amerika Syarikat (Dollar Amerika Syarikat). Ini mungkin dilihat sebagai perbandingan khusus yang berguna untuk rakyat Amerika Syarikat. Malaysia menduduki tangga ke 30 daripada 33 buah negara. Hal ini membuktikan, selepas ditukar mata wang kepada dollar Amerika Syarikat, harga iPhone 7 di Malaysia ialah ke-empat termurah selepas Amerika Syarikat, Jepun dan Hong Kong. Bagi mereka yang mempunyai sumber pendapatan yang menggunakan Dollar Amerika Syarikat, mereka pasti melihat iPhone 7 di Malaysia antara yang termurah.

Di dalam entri kali ini, kami ingin membawakan kepada anda perbandingan harga dan tahap kemampuan rakyat sesebuah negara tersebut untuk memiliki iPhone 7 32GB. Kami menggunakan purata gaji bulanan sesebuah negara tersebut dan membandingkan dengan harga iPhone 7 32GB di negara tersebut. Ianya berbeza sedikit dengan laporan dari Deutsche Bank itu.

murah

Jadual di atas memaparkan negara, harga iPhone 7 32GB di negara tersebut, purata gaji bulanan, gaji bulanan minimum dan peratus harga iPhone apabila dibandingkan dengan purata gaji bulanan. Rakyat Switzerland hanya perlu membelanjakan 12.21 % daripada gaji kasar bulanan mereka untuk membeli iPhone 7 32GB. Malah, seorang tukang sapu yang bergaji bulanan 3200 Swiss franc mampu untuk membeli sekurang-kurangnya 3 buah iPhone 7 32GB dalam tempoh sebulan. (sudah tentu faktor perbelanjaan dan cukai lain perlu diambil kira). Negara-negara yang kita tahu memang maju dan kaya seperti Switzerland, Denmark, Luxembourg dan Norway mempunyai penduduk yang berpendapatan tinggi. Jadi, mereka melihat iPhone 7 seperti sebuah barangan yang agak murah.

Manakala, apabila melihat kedudukan yang bawah seperti di negara Indonesia, Filipina, India dan Mexico, penduduk di sana, perlu mengumpul duit sehingga 6 bulan gaji untuk membeli sebuah iPhone 7 32GB. Purata gaji untuk negara-negara sebegini mungkin dilihat rendah kerana jurang pendapatan antara yang paling tinggi dan paling rendah sangat besar. Di tambah pula dengan jumlah penduduk yang ramai. Jadi apabila jumlah pendapatan itu dibahagikan dengan jumlah penduduk yang banyak, purata gaji dilihat agak rendah. Begitu juga dengan gaji minimum. Di Jakarta, gaji minimum ialah 3,300,000 rupiah berbanding di Yogjakarta yang jauh lebih rendah. Nilai yang ditunjuk di jadual merupakan purata gaji minimum untuk setiap wilayah di Indonesia.

Malaysia menduduki tangga ke-30 daripada 38 buah negara. Secara umumnya, purata gaji di Malaysia ialah hampir RM3000 sebulan. Harga sebuah iPhone 7 32GB pula bernilai RM3199. Jadi ianya melebihi daripada purata gaji bulanan rakyat Malaysia. Ianya tidak dilihat sebagai sebuah barangan yang murah. Malah, seringkali dilihat sebagai barangan yang boleh menentukan status seseorang itu.

Untuk rantau Asia Tenggara, Singapura masih mengungguli jadual ini. iPhone 7 32GB dilihat murah oleh kebanyakan rakyat Singapura. Ianya diikuti oleh Brunei (24), Malaysia (30), Thailand (34), Filipina (37) dan Indonesia (38). Purata gaji bulanan Singapura dilihat tinggi kerana banyak pekerjaan yang bergaji besar di Singapura. Gaji minimum sebanyak 1,000 Dollar Singapura itupun adalah untuk

Jadual ini hanya untuk menunjukkan harga sebuah iPhone 7 32GB di sesebuah negara dan dibandingkan dengan purata gaji bulanan. Data bagi purata gaji bulanan dan gaji minimum diambil dari data yang dikumpulkan oleh Bahagian Statistik negara tersebut dan juga dari Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Manakala bagi elemen yang bertanda * , itu merupakan data yang diambil dari laman berita-berita tempatan negara tersebut. Kebanyakan negara-negara maju tidak menetapkan gaji minimum, namun ada satu kayu ukur yang harus diikuti seperti upah kerja mengikut jam. Mereka lebih menekankan bayaran upah kerja untuk satu jam berbanding gaji minimum untuk sebulan.

Sebuah iPhone 7 bukanlah satu keperluan yang wajib dibeli dan digunakan. Bagi penduduk sesetengah negara, kerja tukang sapu pun mampu untuk membeli iPhone 7. Manakala tukang sapu di sesetengah negara lain pula, mungkin kurang berkemampuan untuk membeli iPhone 7. Sekarang ini, ramai yang suka beli refurbished ataupun set terpakai je. Murah pun murah, kan?

 

Sumber : Mapping The World’s Prices 2017

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *