Nike Melancarkan Tali Jam Baharu Untuk Apple Watch Sport Bersama-Sama Dengan Kasut Air VaporMax Flyknit

Pada bulan April lepas, Apple dan Nike telah berkerjasama untuk melancarkankan Apple Watch NikeLab – edisi terhad untuk kolaborasi Apple Watch Nike+. Hari ini, Nike telah melancarkan empat siri tali jam baharu untuk Apple Watch Sport sebagai promosi untuk koleksi kasut Air VaporMax Flyknit “Day to Night” baharu mereka.

Untuk kasut Air VaporMax Flyknit ini akan mula dijual pada 2 Jun 2017 dengan berharga $190 (~RM817) sepasang dan tali jam tersebut juga akan dijual pada hari yang sama dengan berharga $49 (~RM211) bagi satu tali jam. Tali jam ini boleh dibeli pada laman jualan rasmi nike.com dan kedai jualan rasmi Nike (US sahaja), dan pada awal Jun yang boleh didapati pada laman jualan rasmi apple.com, Apple Store dan Apple Authorized Premium Reseller (AAPR) terpilih dan kedai jualan lain yang terpilih.

Kesemua tali jam baharu ini belum lagi pernah dikeluarkan dan ia menggunakan rekaan tali jam Nike Sport. Bagi yang tidak tahu, Apple mula menjual tali jam ikonik Nike Sport mereka secara berasingan pada awal tahun ini tapi untuk tali jam Apple Watch NikeLab tidak dijual secara berasingan.

Sumber artikel: 9to5Mac dan Nike

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *