Nike Mengeluarkan Kerangka Rekaan Tapak Kasut Untuk iPhone 7

Nike merupakan jenama yang sangat popular dengan rekaan kasut mereka, selain dari mengeluarkan atau menghasilkan pakaian dan alatan sukan mereka juga turut bekerjasama dengan Apple untuk memperkenalkan Apple Watch Nike+ dan juga Apple Watch NikeLab. Kini, Nike telah mengeluarkan kerangka khas untuk iPhone 7.

 

Kerangka ini mempunyai rekaan tapak kasut di belakang yang berdasarkan dari rekaan tapak kasut Air Force 1 dan Roshe. Kedua-dua kasut itu merupakan antara yang paling popular di kalangan peminat. Dengan berharga $35 (~RM150+), kerangka ini hanya terdapat khas untuk peranti iPhone 7 dan diperbuat daripada bahan thermoplastic polyurethane.

 

Namun, kerangka ini hanya dijual di US sahaja dan boleh dibuat pra-tempahan untuk kerangka Air Force 1.

 

Sumber: Nike Air Force 1 | Nike Roshe

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *