Berita Info Watch

Pakej Apple Watch Tidak Lagi Dijual Dengan Tali Jam Leather, Nylon dan Link Bracelet

Ketika tali jam baharu yang dikeluarkan dengan variasi dan pilihan warna, Apple telah menghadkan pakej pembelian Apple Watch berdasarkan tali jam. Contohnya, Apple Watch Series 2 kini hanya terhad kepada pakej tali jam getah (Sport) dan Milanese Loop sahaja untuk pembelian sekarang ini.

Apple sebelum ini ada menjual pakej Apple Watch dengan beberapa pilihan tali jam tanpa perlu membeli secara berasingan termasuklah Classic Buckle, Leather Loop, Modern Buckle, Woven Nylon dan Link Bracelet. Kini, Apple hanya menjual pakej Apple Watch dengan tali jam getah yang disertakan sekali. Kesemua tali jam kulit dijual secara berasingan, untuk Classic Buckle mempunyai reka bentuk terbaru dan Modern Buckle dengan Leather Loop masih lagi dijual.

Untuk tali jam Woven Nylon dan Link Bracelet serta jam Nike Sport daripada edisi Apple Watch Nike+ juga dijual secara berasingan.

Buat masa sekarang, ada sebahagian AASP yang masih menjual pakej Apple Watch dengan tali jam Leather, Nylon dan Link Bracelet (lebih jimat berbanding membeli tali jam secara berasingan) tapi stok amat terhad.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.