Pandang Pertama Teknologi Kereta Pandu Sendiri Oleh Apple

Dokumen yang diperoleh oleh Business Insider mendedahkan lebih banyak informasi mengenai teknologi kereta pandu sendiri yang dibina oleh Apple. Sebelum ini, Apple Akan Membuat Ujian Jalanan Untuk Perisian Pemanduan Kenderaan Autonomi Di California. Apple tidak mendedahkan tentang desas-desus untuk menbangunkan kenderaan pandu sendiri pada ketika itu. Namun, dokumen yang didedahkan kali ini merujuk kepada kereta pandu sendiri yang dibina oleh Apple sendiri.

Dokumen ini merangkumi pengenalan “Development Platform Specific Training” dan juga perincian mengenai sistem pemanduan auto yang dipanggil sebagai “Apple Automated System“. Teknologi ini mampu untuk mengawal dan menghantar arahan untuk mengemudi, memecut, memperlahankan kenderaan serta mampu melakukan perkara-perkara asas pemanduan.

kereta

7 ujian pemanduan auto yang didedahkan dalam dokumen berkenaan ialah

  1. Pemanduan perlahan
  2. Pemanduan laju
  3. Pusingan-U
  4. Pengemudian mengejut
  5. Pecutan mengejut
  6. Brek mengejut
  7. Tindakan terhadap Lampu isyarat kereta

 

Anda boleh dapati dan baca dokumen penuh ini melalui laman Scribd yang dimuat naik oleh Mikey Campbell, Editor Kanan Apple Insider

Sumber: http://appleinsider.com/articles/17/04/21/full-copy-of-apples-self-driving-car-permit-revealed

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *