Pangu Telah Menunjukkan Demo Jailbreak iOS 10.3.1

Banyak gambar yang telah dimuat naik di laman blog Weibo yang menunjukkan terdapat jailbreak yang berfungsi sepenuhnya untuk sistem operasi Apple yang terkini iaitu iOS 10.3.1 yang dikhabarkan dengan demo ditunjuk oleh Pangu, pembangun perisian jailbreak. Demo tersebut ditunjuk untuk membentangkan exploit/vulnerability pada satu persidangan teknologi di sana.

Sumber gambar tersebut tidak disahkan sepenuhnya dan tidak dimuat naik oleh pihak Pangu sendiri. Namun, terdapat beberapa sumber yang mengatakan gambar itu telah dimuat naik oleh pemilik akaun Weibo iaitu Min Zheng, beliau merupakan seorang pakar jurutera sekuriti tertinggi di Alibaba yang banyak terlibat dalam sekuriti iOS dan juga jailbreak ini.

Jika akaun Weibo itu ialah milik beliau, yang dilihat seperti betul, berkemungkinan maklumat yang dimuat naik itu ialah sahih oleh beliau sebagai panel jemputan untuk persidangan sekuriti telefon dan jailbreak ini. Persidangan itu yang berlangsung di Mercedes Benz Arena pada Expo Avenue di Shanghai yang dinamakan sebagai Janus. Gambar di bawah ialah tiket perserta di hadapan tempat tersebut.

Seperti dalam demo di atas, Pangu telah menunjukkan cara jailbreak pada peranti iPhone 7 iOS 10.3.1 dengan aplikasi Cydia yang berfungsi sepenuhnya. Kebiasaannya, jika jailbreak ini boleh digunakan untuk peranti terkini bermakna peranti yang lain juga boleh digunakan sekali tapi tidak dipastikan lagi. Terdapat sumber lain yang mengatakan Pangu akan mengeluarkan jailbreak untuk iOS 10.3-10.3.1 sahaja pada minggu yang depan TETAPI sumber ini belum lagi mendapat kesasihan oleh Pangu sendiri dan beberapa pembangun serta pakar jailbreak yang lain.

Tidak dipastikan jailbreak ini ialah jenis Untethered ataupun Semi-Tethered/Semi-Untethered. Diharapkan mereka berjaya melepasi sekatan Kernel Patch Protection (KPP) yang mula diperkenalkan pada iOS 9 lalu dan berjaya membuat jailbreak jenis Untethered untuk iOS 10 ini yang tidak menyusahkan pengguna lain yang terpaksa membuat re-jailbreak peranti mereka apabila habis bateri atau dimulakan semula.

Bagi pengguna yang mahukan jailbreak ini, (untuk yang otai/lebih mahir) disarankan untuk menyimpan .shsh2 blobs iOS 10.3.1 yang boleh digunakan untuk membuat kemas kini atau downgrade ke iOS 10.3.1 walaupun Apple sudah menghalangnya pada server dengan menggunakan perisian Prometheus ini. Bagi pengguna lain, disarankan untuk kekal pada iOS (10.2.1 ke bawah) yang peranti anda gunakan sekarang ini, jika jailbreak telah keluar pada iOS 10.3.1, anda boleh terus membuat kemas kini dan terus membuat jailbreak.

Ini disebabkan exploit dan vulnerability yang mereka jumpai pada iOS 10.3.1 ini telah ditampal pada versi beta iOS 10.3.2 sekarang ini dan Apple dijangka akan mengeluarkan sekurang-kurangnya dua kemas kini versi beta iOS 10.3.2 akan datang. Sebarang kemas kini, kami akan sediakan termasuk tutorial.

 

Bagi yang bertanyakan tentang jailbreak iOS 10.0-10.2, jailbreak untuk iOS tersebut masih lagi dalam versi beta yang dikeluarkan oleh Luca Todesco iaitu Yalu Jailbreak. Beliau dilihat sudah tidak lagi membuat kemas kini untuk Yalu Jailbreak dan mempunyai banyak pepijat serta tidak menyokong semua peranti yang menggunakan iOS tersebut. Jika anda mahukan tutorial, komen di bawah artikel ini.

 

Sumber artikel: iDownloadBlog

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

2 thoughts on “Pangu Telah Menunjukkan Demo Jailbreak iOS 10.3.1

  • April 26, 2017 at 7:16 pm
    Permalink

    and 0.0001% for 32 bit devices.

    Balas
    • April 26, 2017 at 7:20 pm
      Permalink

      idevice 32-bit sudah tidak relevan untuk digunakan sebab banyak aplikasi kini memerlukan peranti 64-bit dan iOS 11 kelak dijangka tidak akan menyokong sepenuhnya idevice 32-bit.

      majoriti pengguna jailbreak sekarang ini pun kebanyakannya menggunakan idevice 64-bit. pembangun mementingkan keperluan majoriti pengguna

      Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *