Paparan Antaramuka App Store Untuk iOS 11 Menerima Rekaan Baharu

Semasa pengumuman Apple WWDC 2017 hari ini, Apple telah mengumumkan perubahan untuk paparan antaramuka App Store pada iOS 11 dengan pelbagai rekaan serba baharu untuk memudahkan mencari aplikasi. Rekaan ini seakan ikonik dengan rekaan Apple Music – salah satu servis oleh Apple.

Hampir 9 tahun App Store diperkenalkan, ia mempunyai paparan antaramuka yang agak sama sehingga iOS 10. Kini, pada iOS 11 ia telah direka semula untuk memberi nafas yang baru dan penggunaan yang berlainan bagi pengguna iOS. Paparan ini akan tersedia dalam kemas kini iOS 11 yang dilepaskan pada bulan September.

Pada halaman Featured telah digantikan dengan tab Today yang berfungsi untuk memaparkan maklumat mengenai aplikasi yang terbaru pada setiap hari. Pada tab kedua pula mempunyai tab Games untuk mencari aplikasi permainan dan tab seterusnya ialah tab Apps untuk memudahkan mencari aplikasi.

Dalam App Store juga turut mempunyai halaman tips untuk penggunaan aplikasi tertentu untuk memudahkan pengguna lebih memahami. Terdapat juga segmen ‘Game and App of the Day’ yang menyertakan aplikasi dan aplikasi permainan terbaik pada setiap hari.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *