Paparan Antaramuka Apple Music Telah Direka Semula Oleh Pelajar Seni Reka Bentuk Visual Ini

Apple Music mula diperkenalkan pada tahun 2015 yang lepas, salah satu masalah yang sering menjadi rungutan oleh pengguna lain, dengan paparan antaramuka yang agak mengelirukan apabila Apple mengintegrasikan ke dalam aplikasi Music. Pada iOS 10 pula, Apple sekali lagi mereka semula paparan antaramuka aplikasi Music yang sekali lagi memeningkan pengguna dan memberikan penyakit kanser mata (lawak je) dengan tipografi tebal dan tetapan yang susah untuk dicari seperti Shuffle dan Repeat.

– GIPHY

Oleh sebab sakit mata untuk melihat dan sakit hati, pelajar seni reka bentuk visual di Northwestern University, Jason Yuan telah berkongsikan projek beliau yang mengambil masa berbulan untuk siap. Projek ini dibuat selepas Apple menolak tawaran beliau untuk menjadi pelatih reka bentuk grafik Apple Music. Dengan penolakan tersebut, beliau telah menjadikan ia sebagai semangat untuk membuat projek ini (berbicara untuk The Next Web).

Beliau menerangkan rekaan ini mungkin dapat menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengguna yang lain. Untuk projek ini, beliau menggunakan masa selama tiga bulan untuk ‘menerokai’ ke dalam aplikasi Apple Music bagi mengetahui reka bentuk dan membuat penyelidikan secara lebih mendalam.

Paparan antaramuka utama

Curated artist and tracks

Senarai lagu dan paparan album artis

Lama:

Baru:

Paparan ‘Now Playing’ yang baru

Apple seharusnya mengambil beliau untuk membangunkan paparan antaramuka untuk Apple Music bagi iOS 11 akan datang. Saya sendiri juga keliru dan pening untuk menggunakan aplikasi Music yang baharu ini. Tidak seperti rekaan skeuomorphic yang terdapat pada iPhone OS 1 hingga ke iOS 6 dahulu dan ciri yang dikagumkan ialah paparan album coverflow apabila peranti diletakkan dalam mod lanskap.

Untuk melihat lebih lanjut mengenai projek beliau ini, anda boleh melihatnya secara lebih terperinci yang dikongsikan oleh beliau di sini.

 

Sumber artikel: MacRumors dan The Next Web | Media di atas ialah milik sepenuhnya Jason Yuan

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *