Apple Berita iPhone

Pasaran iPhone Jatuh Pada Suku Pertama 2017 – Jenama China Terus Menguasai Pasaran Telefon Pintar


Penjualan iPhone pada seluruh dunia menunjukkan dengan peningkatan yang sedikit sedikit sahaja pada suku pertama 2017, menyebabkan peratus bahagian pasaran Apple jatuh berbanding pada suku pertama tahun lepas dalam industri telefon pintar yang semakin membesar ini – menurut data yang dikeluarkan oleh Gartner yang memperlihatkan jenama daripada China terus menguasai pasaran telefon pintar seluruh dunia.

Penjualan bagi telefon pintar seluruh dunia menunjukkan sebanyak 380 juta unit telah terjual pada suku pertama 2017 ini, meningkat sebanyak 9.1% berbanding suku pertama 2016. Pada data itu, Apple telah menjual sebanyak 51.9 juta unit, meningkat daripada 51.6 juta unit pada suku pertama 2016 lepas.

Jenama daripada China seperti Huawei, Oppo dan Vivo telah menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam peratus bahagian masing-masing berbanding suku pertama tahun lepas. Pengiklanan yang berkesan merupakan salah satu faktor kepada peningkatan ini – seperti yang boleh dilihat di negara Malaysia ini.

Dalam pasaran sistem operasi pula, iOS telah menunjukkan pertumbuhan yang semakin meningkat dengan 0.9% dalam pasaran tahun ke tahun. Namun, Android masih kekal dengan pertumbuhan pasaran yang tertinggi dengan 2% apabila digabungkan semuanya dalam pasaran tersebut.

Sumber artikel: MacRumors


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen