Paten Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Butang Kuasa Diberikan Hak Kepada Apple

Apple kini dilihat sedang ingin mencuba untuk menggunakan butang kuasa dengan pengimbas cap jari terbina pada peranti besar setelah mendapat dan dianugerahkan hak untuk paten ini. Tidak dipastikan ‘peranti besar’ tersebut ialah peranti iPhone ataupun peranti iPad.

Paten ini juga menunjukkan alternatif kepada pengimbas cap jari seperti Touch ID yang berada pada kedudukan butang rumah dan juga pengimbas cap jari terbina pada skrin yang dikhabar bakal diimplimentasikan pada iPhone 8 / iPhone X yang akan diperkenalkan pada bulan September ini.

Menurut paten ini melalui ilustrasi oleh Apple, menunjukkan butang kuasa yang boleh ditekan seperti biasa dengan pengimbas cap jari terbina dan pengguna perlu meletakkan jari untuk membuka peranti tersebut. Diharapkan paten ini hanyalah sebagai pegangan hak oleh Apple dan tidak diimplimentasikan pada produk Apple yang lain.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *