Pengaktifan App Switcher Menggunakan 3D Touch Bakal Kembali Dalam Kemas Kini iOS 11.X Akan Datang

Ketua Kejuruteraan Perisian Apple iaitu Craig Federighi telah memberitahu ciri pengaktifan App Switcher/Multitasking menggunakan gerak isyarat 3D Touch bakal hadir kembali dalam kemas kini iOS 11.X akan datang tetapi tidak memberitahu dalam kemas kini versi berapa dan bila akan dilepaskan.

Menjawab kepada pertanyaan oleh pengguna dan pembaca MacRumors Adam Zahn, menurut Craig Apple telah ‘membuang ciri ini untuk sementara waktu’ disebabkan ‘masalah teknikal’.

Soalan oleh Zahn:
“Could we at least make the 3D Touch app switch gesture an option in iOS 11 so that I could retain the ability to switch apps that way instead of having to double tap the home button?”

Maklum balas oleh Federighi:
“Hi Adam,

We regretfully had to temporarily drop support for this gesture due to a technical constraint. We will be bringing it back in an upcoming iOS 11.x update.
Thanks (and sorry for the inconvenience)!

– craig”

Pada peranti yang menyokong ciri 3D Touch iaitu iPhone 6s ke atas yang menggunakan iOS 9 atau iOS 10, pengguna boleh menekan dengan mendalam (deep press) pada sebelah kini peranti skrin, seret/menolak ke kanan dan lepaskan untuk mengaktifkan dan mengakses App Switcher. Gerak isyarat ini tidak lagi boleh digunakan sejak versi beta untuk iOS 11 dan jurutera Apple mengesahkan ia telah ‘dibuang secara sengaja.’

MacRumors juga telah mengesahkan e-mel tersebut melalui pelayan e-emal dengan alamat IP yang dihantar daripada ibu pejabat Apple di Cupertino, California.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *