Penganalisis: iPhone 8 Hadir Dengan Skrin ‘Edge-to-Edge’ Dan Apple AirPods Mungkin Akan Disertakan Sekali

Dalam satu laporan terbaru yang dibuat oleh JPMorgan, penganalisis tersebut yang telah membuat ramalan terbaru mengenai peranti iPhone yang bakal dikeluarkan pada tahun ini. Sebelum ini terdapat pelbagai laporan, khabar angin dan ura-ura yang dibuat oleh beberapa penganalisis yang diiktiraf.

Menurut JPMorgan, iPhone 7s akan mempunyai rekaan kaca di belakang yang sama seperti peranti iPhone X / iPhone 8 ini. Mereka berkata, peranti iPhone 8 ini bakal mempunyai skrin bersaiz 5.85-inci ‘edge-to-edge’ mendatar, tidak menegak. Penganalisis itu juga berkata iPhone 8 mungkin akan disertakan sekali dengan Apple AirPods dalam kotak aksesori menggantikan Apple EarPods.

Tetapi, ramalan yang dibuat oleh JPMorgan sebelum ini adalah kurang tepat dan agak mencurigakan. Baru-baru ini mereka membuat melaporkan bahawa Apple akan memperkenalkan iPhone yang baharu pada bulan hadapan, kurang munasabah untuk dipercayai.

Laporan itu juga menyatakan peranti iPhone 7s dan iPhone 7s Plus akan mempunyai rekaan yang berlainan dibandingkan dengan peranti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus. Jika betul, rekaan aluminium di belakang akan diubah dengan rekaan kaca untuk menyokong pengecasan tanpa wayar.

Mereka telah menyertakan gambar rajah untuk menyokong dakwaan mereka ini serta gambar rajah rekaan bateri dan papan induk untuk iPhone X / iPhone 8. Selain itu, terdapat juga jadual ringkasan yang menerangkan ciri-ciri yang bakal ada pada iPhone 8 ini.

Mengenai pengesan cap jari Touch ID, JPMorgan tidak menyatakan jawapan mereka dan hanya meletakkan tanda soal “?”. Tidak dipastikan tahap kesahihan dengan hanya berdasarkan gambar rajah dan jadual di atas samada ia benar-benar tepat ataupun hanyalah jangkaan semata-mata. Namun, rekaan bateri berbantuk L sebelum ini sudahpun diperkatakan oleh penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo.

Mengenai Apple AirPods, bekalan terkini untuk di seluruh dunia menampakkan semakin berkurangan dan tidak mempunyai stok di merata Apple Store dan Apple Authorized Premium Reseller yang lain. Mungkin adalah betul tanggapan ini yang menyatakan AirPods bakal disertakan sekali dengan aksesori iPhone 8.

Bagi saya, ‘agak kureng’ untuk dipercayai disebabkan JPMorgan sebelum ini tidak mempunyai rekod sejarah yang tepat apabila meramalkan produk terbaru Apple, namun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Segala laporan yang dikeluarkan sehinggakan bulan 7 ini hanya dilihat sebagai khabar angin sahaja.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *