Penganalisis Menjangka Apple Akan Membangunkan Sendiri Cip Pengurusan Tenaga Dalam Masa 2 Tahun Akan Datang

Saham syarikat Dialog Semiconductor telah jatuh menjunam dengan mendadak kepada yang paling rendah dalam tempoh 16 tahun selepas penganalisis industri menjangkakan Apple akan menamatkan kontrak pembekal itu untuk membangunkan sendiri cip pengurusan tenaga bagi peranti iPhone pada tahun 2019 akan datang.

Ramalan ini dibuat oleh penganalisis Karsten Iltgen daripada bank pelaburan di German, Bankhaus Lampe yang mengatakan Apple mungkin akan mengurangkan bekalan untuk cip pengurusan tenaga untuk iPhone dalam nota penyelidikan yang diperoleh oleh Bloomberg.

Menurut Iltgen, Apple sedang melaras untuk membangunkan pusat reka bentuk untuk cip tersebut di Munich dan California, sebanyak 80 jurutera Apple dilaporkan sudah pun mula membuat komponen PMIC (power management integrated circuit) mereka sendiri. Namun, keputusan untuk menghentikan penggunaan cip daripada syarikat Dialog mungkin akan dibuat dalam masa yang terdekat.

Pada minggu yang lepas, Apple juga mengumum akan menghentikan penggunaan cip grafik daripada syarikat pembekal Imagination Technology dalam tempoh masa 2 tahun akan datang, menurut Bloomberg juga, Apple dilaporkan telah mengambil beberapa pekerja daripada Imagination untuk membantu membangunkan cip tersebut.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *