Pengecas Apple Airpods Kalis Air Dengan Berkebolehan Mengecas Tanpa Wayar Untuk Apple Watch Dan iPhone Dipatenkan

Salah satu paten terbaru yang dibuat oleh Apple baru-baru ini menunjukkan reka bentuk bekas pengecas Airpods yang akan datang dengan berkebolehan mengecas tanpa wayar untuk peranti iPhone dan Apple Watch. Paten tersebut merupakan antara 250 paten yang dibuat oleh Apple pada akhir bulan lepas.

Paten tersebut menujukkan bekas pengecas Airpods yang boleh mengecas pelbagai produk termasuklah Apple Watch, Macbook, iPad dan iPhone. Untuk gambaran yang lebih jelas, anda boleh lihat gambar rajah di bawah yang memaparkan reka bentuk bekas Airpods yang dijadikan sebagai pad pengecas untuk Apple Watch yang terdapat di belakang bekas tersebut.

Paten ini juga terdapat maklumat yang menyatakan maklumat berkemungkinan bekas pengecas itu akan mempunyai kalis air:

“FIG. 28, the electrical connector #2800 could have mounting flanges and sealed features to make it resistant or impervious to liquid penetration.”

Menjadikan bekas pengecas Airpods kepada ‘stesen pengecas’ akan meningkatkan kebolehgunaan untuk pengguna dan menjadikan ia lebih berfungsi selain hanya menyecas Apple Airpods sahaja. Dengan khabar angin tentang pengecas tanpa wayar yang bakal hadir untuk iPhone 8, ia mungkin logik sekali.

Persoalannya, sebanyak manakah kuasa mAh yang boleh disimpan dan dibekalkan dalam bekas pengecas tersebut. Reka bentuk bekas tersebut menunjukkan rekaan kotak yang lebih kurang sama seperti bekas pengesan Apple Airpods yang dijual sekarang ini yang mempunyai sudut bulat.

 

Sumber: Patently Apple, Artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *