Penggodam Dikatakan Telah Berjaya Memintas Sistem Imbasan Wajah Face ID iPhone X

Apabila diperkenalkan, menurut Apple, Face ID mempunyai nisbah 1-dalam-1 juta manusia yang boleh dipintas (seseorang yang mempunyai struktur wajah yang seakan sama). Ini telah menarik minat penggodam dari seluruh dunia untuk memintas sistem sekuriti yang baharu ini.

Firma sekuriti daripada Vietnam, Bkav telah menerbitkan artikel dan menunjukkan video demo Face ID berjaya dipintas dengan menggunakan topeng komposit 3D terdiri daripada bahan plastik, silikon, alat solek dan potongan kertas.Kos pembuatan topeng ini berharga $150 (~RM629), menurut penyelidik firma tersebut tapi ini hanyalah sebagai bukti konsep, buat masa sekarang.

Agak mustahil untuk seseorang mencipta sebuah topeng yang memerlukan masa untuk siap dan hanya digunakan memintas satu peranti iPhone X sahaja kecuali milik seorang jutawan atau orang yang berkepentingan. Dalam video di bawah menunjukkan sebuah topeng yang diletakkan di hadapan iPhone X dan kemudian terus nyahkunci apabila mengimbas topeng tersebut. Penyelidik berkata, mereka berjaya mengenalpasti bagaimana cara Artificial Intelligence (AI) Apple berfungsi dan boleh memintas Face ID ini.

Semuanya memerlukan teknik dan jarak yang diukur secara terperinci bagi imbasan digital wajah pemilik. Namun, Bkav tidak memberikan maklumat lebih lanjut dan sedang merancang untuk mengadakan sidang media untuk menerangkan secara lebih mendalam.

Bagi penyelidik sekuriti yang lain pula berpendapat, staf Bkav mungkin ada mendaftar dan melatih untuk mengimbas wajah topeng berbanding mencipta topeng yang sememangnya menyerupai wajah pemilik, menurut Marc Rogers dari Cloudfare. Paten Apple menunjukkan Face ID akan menyahkunci peranti berdasarkan gerakan mata, tanpanya iPhone X akan boleh dinyahkunci walaupun ketika pemilik sedang tidur, tidak sedar diri ataupun tidak bernyawa.

Tetapi, Bkav pada hampir 10 tahun yang lepas juga pernah memintas sistem imbasan wajah pada komputer riba seperti Lenovo, Toshiba dan Asus menggunakan gambar wajah 2D pemilik. Jika betul ia benar-benar dipintas dan disahkan, ini bermaksud Face ID kurang selamat daripada Touch ID, menurut Rogers.

Sejak iPhone X mula dilancarkan, terdapat pelbagai ujian dilakukan ke atas keberkesanan Face ID termasuklah diuji pada pasangan kembar seiras dan perbandingan kelajuan nyahkunci dengan Touch ID.

 

Sumber artikel: Wired

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *