Pengguna Maxis Dan Hotlink Kini Boleh Membuat Pembayaran Pembelian Di App Store Melalui Bil Telekomunikasi

Seperti yang sedia maklum, sebelum ini pengguna bagi Celcom, U Mobile dan DiGi boleh membuat pembelian di App Store, iTunes Store, iCloud dan Apple Music dengan pembayaran melalui bil telekomunikasi sahaja. Kini, pengguna Maxis dan Hotlink sudah boleh untuk menggunakan ciri pembayaran baharu ini bermula hari ini.

Setiap pembelian yang akan dibuat memerlukan kod pengesahan yang dihantar ke nombor telefon anda yang ditetapkan dan pembelian akan dicas daripada ke dalam bil bulanan atau kredit prabayar ditolak bagi nombor telefon di bawah pakej pascabayar dan prabayar.

Ini adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk membolehkan anda melakukan transaksi ini:
1. Pergi ke App Store > akaun Apple ID > View Apple ID.

2. Masuk ke bahagian Payment Information.

3. Pilih tetapan pembayaran ‘Mobile Phone’ dan dibawahnya pada ‘PHONE NUMBER’, anda boleh menggunakan nombor telefon yang ditetapkan pada akaun Apple ID anda ataupun menggunakan nombor telefon lain mengikut syarikat telekomunikasi yang menyokong ciri pembayaran ini.

Setiap pembelian mempunyai had limit yang ditetapkan, seperti contoh syarikat DiGi telah menetapkan perbelanjaan sehingga RM500 sahaja pada setiap bulan. Bagi pengguna syarikat telekomunikasi lain seperti Maxis, Hotlink, Celcom dan U Mobile, belum ada sebarang maklumat yang diberikan berkaitan ciri pembelian ini.

Sumber: Maxis

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *