Pengguna WhatsApp Kini Boleh Menyuruh Siri Untuk Membaca Mesej Terkini Yang Diterima

Aplikasi permesejan WhatsApp hari ini telah memperkenalkan fungsi terbaru yang memudahkan pengguna peranti iOS dengan membolehkan Siri untuk membaca mesej terkini yang diterima apabila pengguna tidak memegang peranti atau lebih dikenali sebagai handsfree. Fungsi ini terdapat dalam kemas kini terbaru yang dikeluarkan pada hari ini.

Versi 2.17.2 membawakan fungsi ini kepada pengguna peranti iOS 10.3 ke atas, dengan beberapa penambahbaikan dan kemas kini lain. Pada skrin My Updates, pengguna kini boleh memilih beberapa status pengguna lain dalam satu masa dan hantarkan atau buangkan. Untuk ikon Voice Call pula digantikan dengan ikon “+”, yang terletak di kanan atas bahagian tab Calls.

Selain itu, antaramuka two-step verification telah direka semula untuk memudah digunakan dan pada bahagian Group Info, Contact Info dan Calls juga menggunakan antaramuka yang baru untuk memudah pengguna. Bahagian Camera juga akan mengingati penggunaan sebelum ini.

Yang terakhir, aplikasi WhatsApp menambahkan sokongan bahasa Parsi untuk servis mesej.

 

Aplikasi WhatsApp percuma dimuat turun di App Store untuk iPhone. [Klik pautan ini]

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *